WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Tuesday, June 29, 2010

CABARAN BISKUT DAISY DAH BERMULA

Pagi Sabtu 26hb Jun 2010 merupakan hari bersejarah buat diri  su coz inilah kali pertama su memberanikan diri menyertai pertandingan sebesar ini...seramai 50 penyertaan yg dtg dr pelusuk negeri mmg membuatkan su kecut perut...kebanyakannya dh ada pengalaman dlm perniagaan biskut ni...anak2 su yg semmgnya sentiasa memberi sokongan turut serta menemani su....kat bawah ni su sertakan pic buat tatapan you all suasana pertandingan ari tu...

 fara org harian metro yg  bertanggungjawab dlm mendaftarkan su dlm pertandingan ini...su just email maklumat su kat email dia...orgnya ramah...

 
Korang tengok pic kat atas 2 keping tu..terkejut su tgk decoration diaorg penuh meja n cantik ngan set tea dia...kalau juri nak bagi markah sure diaorg dh dapat tp su punya meja sedih huhuhu simple giler...yelah nikan first time mana tau...ingat chef nak rasa kuih je...

Mmg diaorg suruh buat jualan ckit tp org luar x ramai n ramai yg dtg just nak rerasa je...su tgk cara diaorg persembahkan resepi pun ganas...mcm2 direka...su ni cuma tulis atas kertas je ngan dakwat pen...SEDIH tau...n su masa tu pun dh lemah semangat n mcm nak nangis tp x nak tunjuk kat anak2 malu...utk hilangkan bosan sementara Chef Liza Zainol rasa biskut2 kiteorg, su pun berkenalan ngan org sbelah yg baru menceburi bidang ni tp blog dia wat coklat n pelbagai coklat...best tu..nama dia Lynn..

Chef Liza mengambil masa yg agak lama 3 jam utk nilaikan biskut kteorg n juri ada 5 org...jd masa menunggu keputusan, Harian Metro ada wat pertandingan hias cupcake tp su malas nak masuk..coz org berebut2 nak tunjuk bakat...xpelah su tunjuk bakat su kat blog je lah....n ni aksi2 anak su masa menunggu keputusan...

adam menunjukkan skill bermain bola hehee..


masing2 masih ceria walaupun dah pukul 2 ptg tp x lama kemudian merengek2 lapar.Nasib baik ada kafe kat belakang kiteorg tu....layan jelah..masing2 nak mkn mee rerupa diorg nak jadi cina guna copstik..hmm bebudak2.....

Su tinggal diorg kat c2 coz su kena jaga meja n nak jd rezeki ada jg org beli tart n almond....heheee tersenyum coz org lain bawak byk ada yg x berusik (terjual).Alhamdullilah.....

Masa yg ditunggu pun tiba...seblum dpt keputusan...Chef Liza tawaf dulu ke meja2.Bagi sijil penyertaan n hamper minyak daisy....

muka Adam tetap ada,anak ummi...
 
 ni Lynn, jiran sebelah meja...org Johor

Keputusan yg ditunggu2 akhirnya tiba n penuh dgn debaran...semasa satu persatu naik ke pentas su dh rasa xde harapan pergi ke peringkat separuh akhir coz sijil utk ke separuh akhir tinggal 5 keping je lagi kat tangan pengacara..semasa pengacara bercakap "siapakah yg bertuah yg akan turut serta dlm peringkat separuh akhir ini tiba2 nama su di laungkan n rasa mcm nak nangis je masa tu...

 Wajah2 ceria yg terpilih ke separuh akhir

Yang pasti debaran belum berakhir tetapi lagi berdebar2 heheee..coz su kena prepair dr sekarang..n yg pasti Chef Liza bgtau pilihan di buat kerana resepi bukan persembahan di atas meja tp peringkat separuh akhir persembahan kesemuanya ada markah...n buat follower su kalau su ada rezeki ke peringkat akhir su wat kenduri utk you all n yg penting sokongan you all....

Chayok,chayok,chayok lovelycake.......



No comments: