WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Friday, July 20, 2012


Assalammualaikum semua...buat follower Su yang beragama Islam, di sini Su nak ucapkan SELAMAT BERPUASA. moga di bulan mulia ini kte semua mendpt keberkatan dan rahmat dari Allah.Semalam sedang Su sbuk2 kat dapur menyusun almond london ke dlm balang buat customer yg nak bawak blik ke kampung sebagai ole-ole menyambut ramadhan,kedengaran pengumuman puasa,cepat2 Su ke depan sambil memegang balang untuk mendengar pengumuman pose di tv9.Pada 19hb Julai dlm kul 8.30mlm telah diumumkan pd Sabtu 21hb Julai bahawa semua umat islam akan menjalani ibadah puasa.Alhamdullilah.
Bagi Su x prnh terlepas mendgr pengumuman ni..mmg Su nnti2kan, perasaan jadi sebak dan happy bila dengar pengumuman ni.moga allah panjangkan usia kte semua supaya dpt menjalani ibadah ni.Abah kat kampung dah byk kali call suruh blik.Su jnji kat abah kteorg adik beradik pompuan seramai 6 org akan blik pada hari pertama berpuasa,happy org tua Su bila tau anak2 nak balik.Su pulak dh ckp ngan adik2 supaya setiap seorang kena sediakan  sejenis juadah bila berbuka nanti.Diaorg semua setuju.He3....menjadi taktik Su,kalau x Su  ler jd mangsa duk lelama kat dapur memasak.Heeeheee mampus Su kena klu diaorg baca blog Su ni.
Su pun dah lama x update blog...masa x mengizinkan, padahal ada je pic2 kek n cupcake yg kempunan nak duk kat wall ni he3.mcm biasa Su pun dh sibuk ngan kuih raya.Insyallah lepas raya blog Su akan menjalankan aktiviti seperti biasa.Bagi sesape nak tempah dan prnh yang call Su nak cupcake n macaroon di bulan ramadhan ni maaf Su x dpt memenuhi permintaan.Su bz ngan kuih raya.Dah lah pembantu tahun ni xde,ada yg pregnant, ada yg blik kpg jaga nenek lah, kakak anak Su dh duk asrama lah....hu3 sedih sgt tau.( otak duk pkir sape yg leh tolong ;0 ).
Tapi lepas raya ok Su akan terima semula segala tempahan.Uols jangan majuk lak....uols lah sebagai pembakar semangat Su selama ini dlm dunia bakeri ni.Ok pe2 kte jumpa ag k....