WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Thursday, August 7, 2014

TAWARAN ISTIMEWA
 SeMpEnA HaRi RaYa
      
      Sempena musim raya Aidilfitri ni Su nak offer kat uols kalau nak wat tempahan cupcake open house....cupcakes macam kat atas ni Su bagi HARGA ISTIMEWA utk saiz 'S' rm1 & saiz 'M' rm1.20..haaaa..murahkan.Rasa pun sedap n boleh jd penyeri meja hidangan.
   Jadi marilah beramai-ramai membuat tempahan utk mendptkan harga murah ni...minimum order sebyk 80 biji, order lebih dr 200biji ada diskaun lg tau.. :)


Sunday, August 3, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

  Rasa belum terlambat Su nak ucapkan Selamat Hari Raya buat customer2 Su n rakan taulan :) . Buat permulaan ni Su nak membebel2 dulu ya, mood raya so perasaan membuak2 wlupun rasa ada kekurangan skit tahun ni...Su dh tua kot...hu3 (x nak terima kenyataan).Rasa puasa tahun ni terlalu cepat berlalukan....maybe Su sibuk menyiapkan tempahan kuih raya.Memula rasa cam x banyak je tempahan, at last pertengahan puasa orang duk wat penambahan tempahan rasa semput nak siapkan....rasa kecut2 perut ni tau...
    Bayangkan ari last kerja masih duk wat kuih n edar kekwan lak...customer yang jauh Su dah antar ke ejen2 Su..n yang wat penambahan last minute maaf ya Su x dpt penuhi permintaan kalian....tahun dpn order awal2 ya..lagi sedih malam raya kat kampung masih wat kuih utk famili belah Su n mertua....x sempat tau nk wat kat kl...sampai pg raya mertua Su ckp kat kekwn dia yg i ni rajin...coz masih bersemangat wat kuih kat kampung...dia x tau yg Su ni mmg x sempat nak wat masa kat umah...rambang mata ambik tempahan ngan customer hu3...
     Tahun dpn insyallah Su nak cool down ckit,setelah memikir usia yang semakin meningkat 37 tahun,Su dah niat 10hari terakhir puasa Su x nak sibukkan diri diwaktu malam hari...yang selama ni Su duk bersujud dpn Oven Su....sampai x tdo 2hari utk menyiapkan tempahan last2 minute (uols msti x percayakan).Insyallah moga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga dan memberkati rezeki yang dikurniakan....amiin.

BUAT CUSTOMER SU YANG WAT TEMPAHAN SAMADA KUIH RAYA ATAUPUN KEK,SU UCAPKAN TERIMA KASIH SESANGAT COZ SUDI BERURUSAN NGAN SU.KALAU ADA TERKURANG DARI RASA DLL SU HARAP UOLS HALALKAN YA URUSAN NIAGA KITE SELAMA INI....