WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Sunday, April 12, 2015

RESEPI SPONGE CAKE 

Assalammualaikum... ok lah Su pagi ni nak share resepi Sponge cake...Uols kalau nak wat sponge vanila isi Essen Vanila, nak sponge Coklat uols tambah tepung coklat skit,camtu juga utk sponge cake strawberi ke apa..isi saja perasa yang dikehendaki....x nak cite banyak n ada permintaan dr customer...so Su share resepi ni k...

Bahan-bahan: Sponge Vanila

* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 120 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm

Cara2:

*(a)Pecahkan telur dan campurkan sekali bersama gula castor, esen vanila, ovelett.Putarkan
kesemua dgn had laju selama 7 minit sehingga kembang.
* Setelah (a) kembang, masukkan tepung kek dan bikarbonate yg telah diayak kedlm adunan.
* Adunkan dgn kelajuan sederhana utk tepung supaya sebati.Jgn laju...nanti berterbangan tepung tersebut.
* Setelah sebati kesemuanya masukkan minyak daisy dan putar sederhana sekali lagi dlm 2minit.
* Angkat mangkuk adunan...dan transfer adunan ke dalam loyang kek yg telah dialas dengan kertas masakkan...

* Panaskan Oven selama 10minit sebelum membakar.Tetapkan Kepanasan Oven 170 drjh Cel. Api atas n bawah.
* Setelah panas selama 10 minit..masukkan loyang and bakar selama 30 minit.

Bahan-bahan: Sponge Coklat

* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 100 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 30 gm tepung coklat ( diayak )
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm

Cara-cara sama diatas.........:)

SO SELAMAT MENCUBA