WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Friday, April 30, 2010

kelas kek

Memandangkan ada sambutan dari follower yg bertanyakan bila nak buat kelas kek jadi su akan cuba susunkan tarikh untuk kelas tu ya...mggu dpn you all leh la tgk jadual kelas dan kalau berminat boleh join k...buat pengetahuan semua su akan mengajar membuat asas kek,blackforest and cheese cake serta mcmana nak deco ngan whipping cream....dan akhir sekali you all dah boleh buat kek utk besday org tersayang dgn air tangan sendiri.... 

Tuesday, April 27, 2010

Tempahan untuk Hari Ibu

Salam semua, tak lama lagi bulan May 9hb kita semua akan menyambut hari ibu..ibu adalah segala2nya buat kita dan insan tersayang.Kalau boleh biarlah dia dapat hidup lama dengan kite supaya kite dapat bermanja dan merasai kasih sayang seorang ibu.Segala masalah boleh kite berkongsi bersama....dan paling bererti kehadirannya bila menyambut hari lembaran tanpanya hati kite akan sayu...aduii sedih betul su rasa...jd kat cni su nak sambut awal dr you all buat arwah mak su...happy mother's day buat mak tersayang semoga tergolong dikalangan org yg beriman dan dirahmati...


kalau ada sesape nak tempah kek untuk hari ibu boleh buat tempahan sekarang sebelum tempahan ditutup..kalau nak ada gambar mcm kat atas tempah seminggu awal sebelum 9hb May dan emailkan kat su picture.Boleh juga pass by hand picture 2 nanti su scankan..harga setengah kilo rm55 n 1.2 kilo rm68 berminat hubungi su 017-6576 852

Hari Promosikan Blog Lovelycake


Semua yg kat atas tu persediaan utk hari isnin 26hb april 2010 coz su buat promosi dan jualan pada ari tu..dari pagi sabtu su dah buat keje sampai ke malam,(ada jg stopnyer hehe..) pastu su tido jap coz nak sambung ag buat keje kul 2pg..terpaksa ler wat keje sorang2 je..nasib baik ada org kejutkan kul 2pg tu...alhamdullilah siap semua keje...


ni dia hasil yg su buat sorang diri huhuhu..tp puas ati coz berjaya..dan alhamdullilah jualan ari tu amat memberangsangakan buat perniaga bumiputra ni hehe...yg x abis 4 bekas je blueberry cheese tart dr 20 bungkus.Cheese brownies 3 tray 12" x 12" abis licin...


hehehe...bukti yg sohih..buat follower su thanxx bebanyak atas sokongan dan insyallah su akan perbaiki lagi kelemahan su dlm bidang ini..kalau xde aral melintang su akan berada di tapak jualan 1x setiap bulan pada ujung bulan lepas gaji hehehe....

harga-harga kek di lovelycake

size cakes adalah 6,7,8,9,10,11 dan 12 berbentuk empat segi n bulat.

cake berperisa:

*plain butter cake
*chocolate moist
*chocolate muffin(favourite)
*sponge cake coklat,vanila n stawberry
*sponge cheese cake
*cheese cake
*fruit cake with cream cheese

- plain butter cake harga dr rm35 setengah kilo n rm50 sekilo

- fruit cake with cream cheese dr rm45 setengah kilo n rm65 sekilo

- blueberry cheese cake with stawberry dr rm75 ( 1.3 kilo - size 8" )

- decoration using fondant & gumpaste, harga dr rm100 above

- barbie doll cake harga dr rm80 using soft buttercream n fondant decorations dr rm100

- wedding cake using buttercream harga dr rm80 above (mengikut size)

- wedding cake using fondant & gumpaste harga dr rm120 (size 8" above)

- wedding n hantaran cake using buttercream + edible image harga dr rm150 ( size 10" )

-  2-tier wedding cake using buttercream harga dr rm200 (size 8" & 9")

- 2-tier wedding cake using buttercream & gumpaste harga dr rm200 above ( size 8" &  9")

- 2-tier wedding cake using fondant & gumpaste harga dr rm300
(size 8"& 9")

- 2-tier wedding cake with cupcake soft buttercream (50biji) harga dr rm320 (ikut tema)

- 2-tier wedding cake fondant with cupcake soft buttercream (50biji) harga dr rm410 (ikut tema)

cupcakes:
- chocolate moist
- vanila
- orange with raisin

topping :

- buttercream decoration harga rm32 (16biji/set) small size & rm35 medium size(minimum)

- buttercream & gumpaste decoration harga rm40 (16biji/set) small size & rm50 medium size(minimum)

- fondant & gumpaste decoration harga dr rm64 sehingga rm72 (16 biji/set) small size(minimum)

note:
- untuk penambahan edible image cth: gambar seseorg akan dicaj sebanyak   rm23 untuk bersaiz A4 atau ada 2 picture dlm saiz A4

- edible image untuk saiz cupcake ada 18 picture dlm saiz A4 

- cupcake kosong cth: untuk kenduri kawin 500biji harga 85sen & 1000biji harga 75sen siap dipacking dlm bekas kecil

- cupcake kosong cth: untuk kenduri kawin 500biji harga 65sen/60sen(siap dibungkus/tanpa dibungkus) & 1000biji harga 60sen/55sen(siap dibungkus/tanpa bungkus)

Brownies:
- Blueberry cheese brownies 12" x 12" berharga rm48


Berminat sila hubungi 017-6576 852 ( shuzi lovelycake )













Friday, April 16, 2010

HARGA KEK & CUPCAKE

Salam semua.....dah ramai yg bertanya tentang harga kek n cupcake ( singkatan Cc )..insyallah mggu depan su akan sertakan harga kek n Cc..buat sementara ni you all leh call,email atau mesej saja apa2 jua pertanyaan pd su n su akan reply balik k....dan buat pengetahuan semua lovelycake143 akan membuat promosi pada 26hb april di hadapan Menara Tun Razak,Jln. Raja Laut di bawah pokok yg udaranya suam-suam kuku bg tujuan promosikan kek kahwin n cupcake...n leh buat tempahan.Datang ek jangan x datang......

Tuesday, April 13, 2010

KEK BESDAY BARBIE

kek patung barbie 1 1/2 kilo
rm 85

Tempahan ni dr Puan Shasha buat putrinye Nuriylia Hani 5 tahun pada 19hb Mac..pic ni nampak blur coz su lupa nak ambik sebelum dimasukkan ke dalan cover plastik ni...kotak untuk kek ni payah lak nak di cari...yg ada kemain tinggi n kalau su isi jg dalam kotak tu mmg xleh coz cream kek tu sure terkena kat lengan kite...su dah pernah cuba....pe2 pun su ucapkan kat puan shasha thanx n jgn serik lak nak order kek ngan su lg......

KEK BEN 10

kek Ben 10 2kilo rm70

Tempahan dr jiran buat anaknya utk makan2 ngan family..yg duk kat atas kek tu anak su namanyer..ADAM....dr mula su touch up kek sampai kesudahan ada je kat tepi kek tu n bila su ambik gambar terselit jg muka dia....hehehe anak manja su tu coz sorang je llki n bongsu...(dgr di mak sedara dia mmg kena kutuk adam ni)...

Cupcake besday my girl

cupcake beredible image princess

Ni cupcake utk anak su yg sulung, besday dia dah lepas bulan mac yg lalu tp memenuhi permintaan dia yg nak bawa cupcake ke sekolah terpaksa ler su ikutkan...su ada jg suruh beli je kat kedai tp dia nak su buatkan jg...mentang2 ummi dia leh buat kek banyak lak permintaannye..ni cupcake berperasa coklat muffin sebanyak 35 biji termasuk nak bagi kat family guru kelas dia...hhhmm....ikutkan je lah..pg ni p school tersenyum bangga coz member2 dr jauh dah menegur....


KEK BESDAY BUAT TERSAYANG


Ni tempahan dari Roharyati yg pernah buat tempahan cupcake hantaran pertunangan n muffin buat tetamu yg dtg...cupcake ni buat tunang tersayang pada 11hb April baru2 ni...Tema cupcake ni kereta n warna soft buttercream bebas ..coz "bi" ni (singkatan dr panggilan baby..hehehe jgn marah ye Izham) suka sangat ngan keta..nak bg keta betul tak mampu jd bagi je lah keta mainan pun jd ler...tp cupcake ni tak jd surprise coz su termesej kat hp en izham so dia dah tau dr awal yg tunangnya nak bg cupcake ni tp dia tak tau dpt keta tu akhirnya dia tersenyum memanjang...mcm mana su boleh tau?? coz si tunang yg nak buat surprise yg bagitau.....hehehe thanx atas tempahan.... 



TEMPAHAN PERTUNANGAN

Biskut Almond London 100biji rm 40

Kuih tart 100biji rm 35

Sebenarnyer dah lama su nak up datekan picture ni tapi ada je problem...jd picture ni adalah tempahan dari kak siti fasnilah.Ole-ole ni nak diberikan kpd besannya pada 13hb Mac 2010 di perak.Su buatkan biskut ni n letakkan dlm bekas tuperrware je sebab kak siti dah beli balang kaca yg dia nak hiaskan....Buat pengetahuan you all su ni mmg ambik tempahan biskut raya pd bulan puasa.....huuh..mmg penat jg su pd bulan puasa,kalau ada tangan mcm sotong masa tu mmg best gila.....(phm2 ajelah time tak cukup)...tp su tak nak lah tangan mcm tu eeei...takut...masa bulan puasa su buat almond london,tart,biskut ice cream n biskut kelapa...tahun ni tambah lg 2 jenis iaitu biskut chesse tart n blueberry chesse brownies.......hehehe ni saja nak buat promosi...n harga tak mahal mcm kat luar dan mmg homemade..... 

Monday, April 12, 2010

KEK PERKAHWINAN

ni kek soft buttercream 1 1/2 kilo


ni kek cherry blossom 3 tingkat

ni pun kek chocolate lagi

Salam semua....di sini su nak tunjukkan kek kahwin yg you all semua leh order n tempahan akan diterima selagi tarikh tersebut belum di tempah oleh org lain.....Kek di atas ni semuanya menggunakan soft buttercream yg boleh dinggap....kesemuanya.Jimat kerna murah dan dpt dimkn tanpa dibuang spt fondant...maaf yee cik fondant hehe...kecik ati cik fondant mendengarnya ttp kek fondant bila dihias mmg cantik....betul tak??Su nak bg tau harga berbeza-beza mengikut jenis kek yg diorder.Harga kek perkahwinan paling rendah rm80 sehingga tertinggi hehehe....semua bergantung kpd hiasan yg digunakan dan su boleh cuba selaraskan juga harga kek ini dengan budget you all...su kesian jg kat you all coz perbelanjaan perkahwinan sekarang ni semuanya mahal2 belaka kan ......Kepada sesiapa yg nak bertunang,nak kahwin n aniversary leh lah call su di talian 017-6576852