WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Thursday, November 3, 2011

Hai semua! dah lama su x update blog ni...bz ngan tempahan, bz ngan keje n bz ngan anak2. Tp bz camne pun su tetap kena update blog su ni....su nak pamerkan hasil kerja su demi kepuasan diri n uols pun boleh lah tengok jg...mana tau ada yg suka boleh lah tempah ngan su.Mari tengok  ye kek2 yang ada di bawah ni;

ANGRY BIRD
                                               Coklat Moist + buttercream + fondant


Tempahan ni dari Kajang tak silap su dari Puan Mazita buat anak tersayang  AFRINA  yang berusia 7 tahun. Su ucapkan terima kasih coz sudi wat tempahan ngan lovelycake yang jauh di Bandar ini. Encik suami sudi dtg mengambil cupcake di hadapan Masjid Wilayah sedangkan masa tu jalan jam coz org solat. Su lupa ari jumaat, apa ag mau su mengelabah coz dh terlambat2 disebabkan  jam sedangkan su dh sampai area tu....sib baik encik Suami penyabar org nye.


MAJLIS JAMUAN RAYA
DI PJD

Hehehee ni kek yang su hadiahkan semasa Menara PJD membuat majlis menyambut Hari Raya Aidilfitri secara besar2an.Setiap cawangan menyediakan pelbagai Juadah yang enak2. Masa tu pun Majlis ni ada tema Nostalgia P.Ramlee, yang seronok bos2 pun join pakai ala2 P.Ramle ikut tema cerita.Best...sporting gila.


KEK BEN10
                                                             Coklat Moist 1.2 kilo
                                                    Ni besday AMIRUL ASYRAAF 6 tahun

                                                                 Coklat kek 1.2 kilo
                                            Yang ni besday MUHAMMAD HAIZAD ZAFRY

Malam ni su kena siapkan 2 biji kek yang sama. Sebenarnye ni kebetulan saja.....n yang menempah pun utk meraikan besday boy n edible image yg ada kat kedai pun yang ni saja yang ada. Kalau nak yang berlainan n special kenalah tempah 1 mggu awal.Kepada mama kanak2 ni su ucapkan tima kasih.


BESDAY PARTY
                                                                Kek vanilla + creamcoklat

Kek meraikan besday staff yang disambut secara berkelompok heheee. Jimat kos, disamping tu meraikan pemergian Asrul ke Cawangan lain. Tapi menu best lah pagi tu nasi beriani,lauk kambing,ayam masak merah n buah2an.HAPPY BESDAY PUAN, EN SHAHRUL, SOFIAN N FAZLI




No comments: