WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

Jadual Kelas Lovely Cake sepanjang bulan Jun 2010

Kelas menghias cupcake (advance) menggunakan teknik steamed buttercream

Tarikh : 5hb Jun 2010 dan  19hb Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 11pg - 4 ptg
Yuran: RM170
* Makanan tengahari disediakan

Info Kelas:
Pelajari teknik terkini menghias cupcake menggunakan teknik steamed buttercream.
Permukaan cupcake licin dan berkilat.
Anda juga diajar membuat pelbagai jenis bunga mudah dr fondant, buttercream  dan menghias menggunakan pelbagai motif halus.
Setiap kelas mempunyai 4 ke  6 org pelajar sahaja.
                               
Peralatan yg perlu dibawa apron dan kain lap.
p/s: Sebanyak 12 cupcake pelajar boleh      bawa pulang..

    




Kelas  Menghias Kek Kahwin 3 Tingkat   menggunakan
Steamed Buttercream

Tarikh : 6hb Jun 2010 dan 20hb Jun 2010 (Ahad)
Masa : 11pg hingga 4 ptg
Yuran : RM250
(makanan tghari disediakan)
                                                                                                    
Info Kelas: Kelas praktikal sepenuhnya.
Pelajari teknik terkini yg mudah menghias kek menggunakan kaedah steamed buttercream.
Kek nampak seperti fondant licin n berkilat.
Pelbagai teknik n hiasan akan diajar termasuk  (buat sampai boleh ) bunga ros, border2 yg sesuai dan cara memasang tiang pada kek kawin.

p/s: Setiap pelajar akan membawa pulang kek kawin yg dipelajari. Sila bawa apron, kain lap.(kotak utk bawa kek pulang boleh beli dgn su sahaja x perlu ke kedai kek utk membeli.)

Sila sms atau call su 017-6576852 utk membuat tempahan sebelum tempat dipenuhi. Deposit sebanyak rm100 untuk pengesahan kelas & selebihnya dibayar ketika menghadiri kelas. Deposit tidak dipulangkan jikalau anda tidak dapat hadir ke kelas tetapi boleh diganti dgn org lain ( sila sms nama pengganti) 

Monday, May 24, 2010

CUPCAKE ROSE


 

Ni adalah cupcake bertema bunga ros yg ditempah oleh jiran su untuk hantaran pertunangan baru2 ni...bunga 2 boleh dimakan coz diperbuat dr gula icing n su guna nozel kelopak yg kembang jd terhasil ler bunga ros yg kembang...

KURSUS di AGROTEK
Salam buat semua..sori la ek coz lama juga x update blog ni..hmm bila dah banyak tempahan ni mcm penat lak nak update blog ni...hehee tp bila tgk no visitor kat blog dah bertambah jadi bersemangat lak nak update blog ni...ni topik tersasar ckit dr cake....Su telah menghadiri kursus kecemerlangan kat Agrotek pertengahan bulan april ari tu...yg pergi semua dah cemerlang cuma saja nak tambah ilmu pengetahuan yg ada,tp mmg best sangat topik yg dibincangkan masa kursus tu...nak crite panjang sangat jd x leh ler hehee....jd kat cni su tunjuk pic diantara menu yg kiteorg makan...

menu semua sedap bak kata org mmg terasa lah semua masakannyer dan layanan cukup memuaskan hati coz pelayan akan dtg ke meja kalau nmpk makanan dlm pinggan dh ckit,dia akan bertanya nak tambah lagi ke??terasa mcm VIP lak heheee..

Dah makan sempat ler kiteorg berposing jap...pemandangan kat resort tu cantik tp kiteorg x pandai sangat nak tangkap gambar,bila dah cuci gmbar jd cam biasa je pemandangan yg ada tu.....n pic kat atas ni lah Su bagi sesape yg belum kenal dgn tuan empunye blog ni... heheee...  first time letak pic dlm blog ni...

Monday, May 10, 2010

Esok Jangan Lupe..

Buat follower su jangan lupa ya esok 12hb Mei, su ada buat jualan kat tapak niaga bawah pokok tu ek...datang reramai ajak kekawan k....

Tolong meriahkan suasana n tolong beli sekali ya heehee...

Dan buat sesape yg suka mkn cheese brownies su...boleh tempah dlm kuantiti yg ckit x semestinyer 1 tray....selalu 1 tray su jual rm48 jd you all leh tempah dlm minimum 2 kotak (1 tray dibahagi 4) sekotak rm12 je...n lagi bagus ajak kekwn kongsi beli 1 tray...senang ckit su nak membuatnyer heehee...k lah jangan lupa esok menjenguk gerai su ya (lovelycake)

Sunday, January 17, 2010

Info terbaru

Buat semua....x lama lg saya akan pamerkan gambar2 kek terbaru yg Cantik n sedap...he3 puji diri sendiri lak..tp mmg sedap n cantik..insyallah.

Kek yg saya maksudkan 2 adalah

1)Kek soft buttercream, utk pengetahuan semua softbutter ni leh buat kek harijadi n kek kawin tau, rasa dia pun sedap. Bukan marjerin mcm org2 dulu buat yg sapu atas kek harijadi terasa betul marjerinnye tp softbutter ni di steam dulu.

2)Fondant cake n Kek patung Barbie...

Tunggukan kemunculan kek-kek ni ye!!!=)