WELCOME TO LOVELY CAKE 143

Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..

Thursday, January 28, 2016

Buat Sementara ni segala tempahan sila hubungi Su di 012 260 1460 sahaja (whatsApp) 

                                         
Rasa teruja Su di tahun 2016 ni...membuak2 coz macam banyak perkara akan berlaku dalam hidup Su tapi Su harap semuanye dalam kawalan Sang Pencipta....hanya pada-Nya Su mengharapkan keajaiban....

Esok cuti sampai Isnin, kite yang duk tggal kat KL ni..dapat Cuti Hari Wilayah..seronoknye .Apa perancangan uols....g jejalan ke,guling2 lelama atas katil ke....Su ada perancangan ngan Anak Sulong Su...projek cuti 3hari ni kteorg sok nak start  buat Macaroon...dah lama x buat
Macaroon..nnti kte tengok hasil dia ya...( haiih moga mood baik berpanjangan )

Esok Sabtu 30hb Januari 2016 projek No. 1 : Macaroon
 ( ceeeewah wawarkan  ke main ag...doa2 jdlh ")

Ahad 31hb Januari 2016 projek No.2 : Dummy kek besday utk display kat HQ JKR berserta muffin coklat, muffin oren n muffin butter

Isnin 1hb Februari :mmmmmm x tau ag nk ngadap Oven ke....atau g jejalan kat KL?nnti Su update k.....next week Su belanja pic macaroon ya...hehehehe


Tuesday, December 15, 2015

KEK TUNANG
                                       
Tempahan dari Damansara buat adiknye...bunga rose kembang setaman. Alhamdullilah bagi Su yg penting bila pas by hand kat Customer2 puas aty....tu lebih bermkna buat Su. Walaupun ada segelintir komen kata kurang cantik....Su x ambik kisah sbb dia bukan Customer Su...( lps ni nak cari emoticon kaler puple nk letak kat sni hehehe)By the way, thanks sesangat pada Customer yg sudi order ngan Su k..luv u so much... :)



Monday, December 14, 2015

CuPcake Johor
Thanks Ira coz sudi tempah cupcake simple ni dari Kak Su..peristiwa diantara kte jdkan kenangan ya hehehe...x tau knpe macam-macam hal berlaku.Tp yang penting Ira happy..ramai yang bertunang 12.12.2015 kan....

FoNdaNt for
InTan

Kat  Intan pun kk Su nak wish thanks sebab Sudi order kek ni n wat tempahan dgn RIQUEZA Catering bgi meraikan pihak lelaki pada majlis pertunangan bertarikh 12.12.2015(sabtu).

Ada sesiapa nak Wat tempahan Catering boleh call Riqueza catering 017-9164364/011-1668 9438 (ada diskaun harga,so call kami cepat )


MeNcARi Mood 

Dah lama blog Su ni x update...cian berabuk, bersawang...banyak bnde terbengkalai...siapa yang selalu baca blog ni..blog ni macam diari Su juga cuma x open..update skit2 je... :).
Su masih terima tempahan cuma update je x....padahal ni sumber rezeki sampingan Su.Nak bagi semangat ni mybe Su nk kena beli hp baru kot hehehe...
HP skrg cap ayam nk upload pic dlm blog ni..sedihh..x menarik langsung pic dia...tu salah satu mood down.
Lagi beberapa hari nak masuk 2016..Su ni kena upgrade mood ni klu nak berjaya macam Siti Nordiana :)

Tuesday, August 4, 2015

SALAM 
AIDILFITRI

Mood raya lagi kat opis Su ni...n Su bz coz dilantik sebagai urusetia jamuan.Dah 4 tahun berturut2 jd urusetia.Ingat baru ni nak duk diam2,biar org lain wat urusan.Tup2 org call bgtau bos suruh masuk meeting raya juga. So redha jelh.Kira su ni kira org kuat bahagian jamuan2 ni....xpe pencen sok wat bisness menguruskan jamuan VIP pulak (jgn muntah lak kihkihkih)

Mggu Ke-2 raya,dh ambik tempahan ngn sekolah TTDI 1,Jamuan raya utk pelajar2.Su terima tempahan wat cendol 1ribu cup n 300 mangkuk rojak.Mmg best lh,layan bebudak ni...semua pggil Su,Cikgu.Dialog" Cikgu2,saya nk cendol yg ada gula n santan je..yg lain x nk.lps tu pakat semua nk macamtu..simple.Huhuhu...klu Su tau budak ni simple je..xdelh Su penat mlm seblm tu rebus kacang merah.Dah terbiar camtu kacang x abis.Sib baik cendol hijau tu ada yang nk..kira x membazir lah.Sebab pe diaorg pggil Su cikgu..sbb gerai2 lain cikgu2 yang jaga n uruskan.so terpalitlh Su jd cikgu sekali.Bangga jap masa tu... ;)

Mggu ni wat besday adam n meraikan sekali bulan Syawal yang mulia ini.Tarikh 8hb Ogos(Sabtu)...customer regular nak datang,meh lh...call Su dulu ya.

in shaa allah next week Su upload pic2 cupcake tempahan dr Customer.

akhir kata SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada customer2 Su.


Tuesday, May 26, 2015

Dessert


berabuk blog Su ni....tapi bisness masih berfungsi n masih menerima tempahan...ni bagi customer yg bertanya dessert n nak tengok pic...yang ni terbaru juga Su buat tapi pic creampuff xde lak dalam simpanan...biasalah kalau dah sibuk nakm siapkan tempahan , nak packing lagi...so mmg x ingat nak snap pic...dah pass pada customer baru teringat..nak mintak ihsan pada customer utk send pic pada Su semula ...Su malu hehehehe..So sesape teringin nak order...meh3..017- 9164364


Wednesday, May 6, 2015

MISS U
FOREVER

Sempena bulan Mei ni, Su menerima tempahan utk Mother's Day.... Su bagi harga diskaun buat sesiapa yang membuat tempahan dalam bulan mei ini sehingga 31hb Mei.....So jangan lepaskan peluang keemasan ....



Sunday, April 12, 2015

RESEPI SPONGE CAKE 

Assalammualaikum... ok lah Su pagi ni nak share resepi Sponge cake...Uols kalau nak wat sponge vanila isi Essen Vanila, nak sponge Coklat uols tambah tepung coklat skit,camtu juga utk sponge cake strawberi ke apa..isi saja perasa yang dikehendaki....x nak cite banyak n ada permintaan dr customer...so Su share resepi ni k...

Bahan-bahan: Sponge Vanila

* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 120 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm

Cara2:

*(a)Pecahkan telur dan campurkan sekali bersama gula castor, esen vanila, ovelett.Putarkan
kesemua dgn had laju selama 7 minit sehingga kembang.
* Setelah (a) kembang, masukkan tepung kek dan bikarbonate yg telah diayak kedlm adunan.
* Adunkan dgn kelajuan sederhana utk tepung supaya sebati.Jgn laju...nanti berterbangan tepung tersebut.
* Setelah sebati kesemuanya masukkan minyak daisy dan putar sederhana sekali lagi dlm 2minit.
* Angkat mangkuk adunan...dan transfer adunan ke dalam loyang kek yg telah dialas dengan kertas masakkan...

* Panaskan Oven selama 10minit sebelum membakar.Tetapkan Kepanasan Oven 170 drjh Cel. Api atas n bawah.
* Setelah panas selama 10 minit..masukkan loyang and bakar selama 30 minit.

Bahan-bahan: Sponge Coklat

* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 100 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 30 gm tepung coklat ( diayak )
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm

Cara-cara sama diatas.........:)

SO SELAMAT MENCUBA