berabuk blog Su ni....tapi bisness masih berfungsi n masih menerima tempahan...ni bagi customer yg bertanya dessert n nak tengok pic...yang ni terbaru juga Su buat tapi pic creampuff xde lak dalam simpanan...biasalah kalau dah sibuk nakm siapkan tempahan , nak packing lagi...so mmg x ingat nak snap pic...dah pass pada customer baru teringat..nak mintak ihsan pada customer utk send pic pada Su semula ...Su malu hehehehe..So sesape teringin nak order...meh3..017- 9164364
WELCOME TO LOVELY CAKE 143
Salam Sejahtera untuk semua customer dan pelawat yang melayari blog Su. Su amat berbesar hati dengan sokongan kalian, Su dapat buat sebuah blog yang boleh dikongsikan beramai-ramai. Bagi sesiapa yang akan mendirikan rumah tangga, menyambut anniversary, menyambut ulang tahun kelahiran dan apa sahaja yang anda rasa semanis kek dan cookies.. Sudilah kiranya membuat tempahan di Lovely Cake. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan. Terima Kasih..
Tuesday, May 26, 2015
Wednesday, May 6, 2015
Sunday, April 12, 2015
RESEPI SPONGE CAKE
Assalammualaikum... ok lah Su pagi ni nak share resepi Sponge cake...Uols kalau nak wat sponge vanila isi Essen Vanila, nak sponge Coklat uols tambah tepung coklat skit,camtu juga utk sponge cake strawberi ke apa..isi saja perasa yang dikehendaki....x nak cite banyak n ada permintaan dr customer...so Su share resepi ni k...
Bahan-bahan: Sponge Vanila
* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 120 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm
Cara2:
*(a)Pecahkan telur dan campurkan sekali bersama gula castor, esen vanila, ovelett.Putarkan
kesemua dgn had laju selama 7 minit sehingga kembang.
* Setelah (a) kembang, masukkan tepung kek dan bikarbonate yg telah diayak kedlm adunan.
* Adunkan dgn kelajuan sederhana utk tepung supaya sebati.Jgn laju...nanti berterbangan tepung tersebut.
* Setelah sebati kesemuanya masukkan minyak daisy dan putar sederhana sekali lagi dlm 2minit.
* Angkat mangkuk adunan...dan transfer adunan ke dalam loyang kek yg telah dialas dengan kertas masakkan...
* Panaskan Oven selama 10minit sebelum membakar.Tetapkan Kepanasan Oven 170 drjh Cel. Api atas n bawah.
* Setelah panas selama 10 minit..masukkan loyang and bakar selama 30 minit.
Bahan-bahan: Sponge Coklat
* 4 biji telur (basuh telur tu dulu ya)
* 100 gm gula castor
* 30 gm ovelett
* 1 Sudu teh vanila
* 100 gm tepung naik sendri/tepung kek( diayak)
* 30 gm tepung coklat ( diayak )
* 1/2 sudu teh bikarbonate (diayak)
* minyak masak daisy 100gm
Cara-cara sama diatas.........:)
SO SELAMAT MENCUBA
Monday, March 30, 2015
Tempahan Dari Wangsa Maju
Semggu lebih cik nadiya wat tempahan apam ni...nak 100biji n 2 color.Masa tu nadiya x cakap nk apam polkadot tp bila buat plain nmpk hambar n x berseri...so Su ringankan tangan buatkan dot2 atas apam tu....TAraaa..nampak cam comei je kan.Masa nadiya n kwn dia ambik tersenyum2 tgk apam polkadot nih..rupanye nadiya nak wat candy corner utk wedding sepupu dia...n thanks pada nadiya siap promote bila ramai memuji kesedapan apam comei ni...(sila muntah hijau)eeeii serius lh nadiya yg send text tu :) n ihsan pic kat atas by nadiya..luv u dik
Sunday, March 8, 2015
DARI JOHOR
Tersenyum puas bila cupcake Su dh siap didecokan....nak warming up buat kek ni
kekadang ya allah...tuhan saja yang tau.Bukan apa, perasaan nak mulakan tapi bila dh start pegang spatula, timbang bahan2, rasa ringan je perasaan tu.Tangan mula menari2 mengikut rentak kih3...lagi seronok main ngan fondant.Bentuk2kan figurine n bila nampak comei lagilah tersenyum lebar.....he3 dah melalut. Cupcake ni permintaan Cik wanie dr Johor supaya Su delivery ke UIA semalam. Alhamdullilah taklah jauh sangat dari rumah Su cuma arah balik ke rumah je jalan jam n ujan lebat...
Setelah tawaf 1 UIA tu,sampailah Su ke Hostel Marhallah Safiyah utk sampaikan cupcake ni ke Zawanah...dengan tersenyum Zawanah menunggu kehadiran Su ngan hati suprise....apa yg dia dpt sebab Su call just cakap nak wat penghantaran barang.Bila dapat cupcake cute ni tersengih sahaja budak ni..lagi teruja coz kakak dia yang duk Johor sanggup wat suprise suruh org antar cupcake for besday yang ke 22 tahun....ada snap pic Zawanah tp Su simpan utk kenangan..N thanks Wanie sbb sudi wat tempahan ngan kak su...ada umur kte berurusan lagi... :)
note: Spelling birthday telah ditambah huruf 'T' sblm keluar rumah..(sib baik check sblm delivery) alhamdullilah.
Sunday, February 15, 2015
TeMpahan dari
Putramas
Thanks Pn.Jazlina n cik somi sbb sudi membuat tempahan kek ni...bagi meraikan putera n puteri sempena besday dan akikah..bertempat di kondo Putramas..Su sefamili juga dijemput hadir ke Majlis tersebut.Petang Su n famili menghadirkan dri bg menghormati atas jemputan..mesra sungguh layanan diberi Pn Jaz sekeluarga..sehingga balik kami dibungkus dgn pulak pelbagai lauk pauk yg sedap2 tu..pe2 pun,thanks sesgt sehingga malam kami kenyang.
Sunday, October 12, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)










